HoughtonlakeBoard.org

TIPS & EXPERT ADVICE ON ESSAYS, PAPERS & COLLEGE APPLICATIONS

BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia adalah negara yang mempunyai populasi
yang tinggi ke-43 dan permukaannya ke-67 terluas di dunia, dengan jumlah
penduduk seramai 27 juta dan luas kawasannya adalah 329.847 kilometer per segi.
Jumlah penduduk Malaysia tidak jauh beza dengan jumlah penduduk Arab Saudi dan
Vanezuela, dan luas kawasan tersebut seakan dengan luas kawasan Norwegia dan
Vietnam, atau New Mexico, sebuah negara di dalam Amerika Syarikat. Ibu negeri bagi Negara Malaysia adalah Kuala Lumpur sedangkan Putrajaya menjadi pusat
pemerintahan persekutuan. Malaysia didirikan pada tahun 1963 dan, oleh karena
itu, merupakan salah satu negara terbaru di dunia. Negara
ini dipisahkan dengan dua
kawasan iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Di sebelah utara terdapat
negara Thailand. Manakala, Di
sebelah selatan Malaysia terdapat negara Indonesia dan Singapura. Malaysia terletak di garisan khatulistiwa dan mempunyai suhu yang hampir sama dengan kelembapan yang tinggi
dan taburan hujan yang banyak. Suhu minimum dalam zon ini mempunyai berbeza di antara siang ke
malam. Pada siang hari,
purata suhunya di antara
20°C sehingga 32°C. Manakala, pada bahagian malam, purata suhu minimumnya di antara
21°C sehingga 27°C. Kelembapan relatif pada zon khatulistiwa ialah di antara 55 peratus dan 100
peratus. Tetapi kebiasaannya pada sekitar 75 peratus dengan taburan hujan yang tinggi
sepanjang tahun juga disertai
dengan angin kencang dan ribut (Razman, 2009). Halaju angin di Malaysia pada
kebiasaannya adalah lemah
dan arahnya berubah-ubah mengikut corak angin lintang. Di Malaysia, terdapat empat
musim perubahan arah angin iaitu angin monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim
peralihan monsun yang tidak lama.                                                                                                                                                                                                                                                   11.2 Latar
Belakang KajianMalaysia
terletak di sebelah utara khatulistiwa sehingga Malaysia memiliki iklim panas
lembab juga dikenali sebagai iklim tropis. Hal
ini kerana iklim khatulistiwa yang dimiliki oleh negara Malaysia mempunyai
beberapa ciri. Ciri- ciri iklim Khatulistiwa Malaysia ini antaranya seperti berikut:·        
Panas dan lembab
sepanjang tahun·        
Rata- rata suhu
tahunan adalah 27? Celcius·        
Jumlah turunan
hujan per tahun melebihi 2500 mm·        
Kelembaban
bandingan yang tinggi Keselesaan termal yang menghubungkan
dengan refleks tubuh badan
manusia terhadap kesan iklim (Hanafi, 1999). Keselesaan tersebut merangkumi
empat faktor iaitu suhu,
pendengaran, pencahayaan dan kualiti udara. Fanger (1970), menyatakan, dari
sudut fahaman subjektif iaitu keselesaan termal, wujudnya daripada keseimbangan faktor psikologi, biologi, fizikal
dan fisiologi. Berkenaan termal, ianya melibatkan reaksi sistem di dalam
tubuh badan manusia terhadap perubahan suhu sama ada dalam badan mahupun suhu
persekitaran di luar tubuh badan.

2

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Keselesaan termal dalam bangunan dipengaruhi oleh
ruang-ruang dalam bangunan, bukaan bangunan, persekitaran landskap, keadaan suhu
dalam bangunan yang panas atau sejuk dan sebagainya. Selain itu, penggunaan
peralatan elektrik yang mengeluarkan haba seperti komputer boleh mengganggu
keseimbangan suhu dalam bangunan. Bagi menstabilkan suhu persekitaran dalam
bangunan, haba panas ini perlu disingkirkan dari dalam bangunan dengan
menggunakan alat penyaman udara.Jadual 1: Perbezaan makna

Kelembapan
Udara :

Jumlah wap air yang wujud dalam atmosfera

Julat
Suhu:          

Perbezaan
antara suhu tertinggi dengan suhu terendah

Min suhu
tahunan :
 

Jumlah
Suhu Januari hingga Disember dibahagikan 12 bulan.

Sumber: Google Scholar  Keselesaan fizikal atau tubuh badan manusia
sangat memerlukan
pembuangan haba badan bagi mengelakkan daripada implikasi panas melampau. Manusia normal hanya memerlukan suhu badan pada takat
37°C bagi memastikan sistem dalam badan manusia berjalan secara normal. Proses
pembuangan atau penyingkiran haba dari tubuh badan ini melalui tiga kaedah utama iaitu kaedah
perolakan, radiasi sinaran dan penyejatan. Selain itu, haba boleh disingkirkan
dari tubuh badan
melalui kaedah konduksi iaitu melalui kaki iaitu tanpa sarung yang menyentuh lantai yang sejuk.
Akan tetapi, tiga kaedah di atas lebih efektif bagi menyingkirkan haba dari
tubuh badan.Suhu
selesa orang Malaysia ialah di antara 25.5°C sehingga 28.0°C. Keselesaan termal
asasnya terjadi apabila seseorang terlindung
daripada terkena sinaran
matahari secara terus selain kehadiran angin yang terhasil dari persekitarannya
sama ada melalui sistem pengudaraan semulajadi mahupun sistem pengudaraan
mekanikal Matlamat utama kajian berkaitan dengan keselesaan termal ialah untuk
mewujudkan zon selesa atau julat suhu di mana sebahagian besar
penduduknya berasa selesa. Selain itu, zon selesa juga ialah suatu keadaan di mana manusia akan
dapat mengurangkan kadar pengeluaran tenaga dalam badannya untuk
mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya.   1.3 Penyataan MasalahKajian keselesaan termal bukanlah satu
kajian yang baru yang dijalankan di Malaysia. Namun begitu, kurangnya kajian
yang menekankan aspek persepsi penghuni atau penduduk terhadap ruang bekerja
mereka terutama bangunan pentadbiran. Permasalahan kajian yang diketengahkan
dalam kajian ini ialah isu persekitaran kerja yang kurang selesa kerana
perubahan termal yang seterusnya memberi kesan kepada kesihatan penduduk sama
ada daripada aspek psikologi dan fisiologi yang dinilai berdasarkan pengukuran
lapangan dan persepsi. 

  4

 

Masalah-masalah yang
sering berlaku disebabkan persekitaran kerja yang kurang selesa dari aspek
keselesaan termal ialah masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan ialah
penghuni mudah kelesuan, cepat berpeluh, cepat letih, demam, batuk, selesema,
pening dan sebagainya. Hal ini demikian disamakan dengan sejenis sindrom yang
dikenali sebagai Sindrom Bangunan Sakit (SBS). Pesakit yang mengalami penyakit
SBS, kebiasaannya lebih mudah sembuh apabila tidak berada berdekatan dengan
bangunan atau mengambil cuti berehat. Sehingga kini penyakit SBS ini masih
tidak dapat diketahui punca penyakit itu bermula tetapi boleh dikenalpasti
apabila 20 peratus atau majoriti daripada penghuni mengadu tentang masalah
kesihatan apabila berada dalam bangunan (Mohd Yusof, 2011) dan proses kajian
klinikal (Ghodish, 1995). Namun demikian, faktor-faktor yang menyebabkan
penyakit ini lebih mudah merebak ialah disebabkan kemerosotan kualiti udara
dalam bangunan, tahap keselesaan termal tidak baik, faktor pencahayaan, kesan pencemaran
bunyi dan banyak lagi (EPA, 2010). Ellis (1953) pula cuba melihat kajian
ini pada perspektif yang berbeza dengan fokuskan kepada faktor jantina, umur
dan bangsa. Kajian beliau yang dijalankan pada tahun 1953 ini menunjukkan
bahawa persepsi terhadap keselesaan terma tidak dipengaruhi oleh faktor di atas
disebabkan responden beliau telah berjaya menyesuaikan diri dengan suhu yang
agak panas di kawasan kajian beliau iaitu Singapura. Pada tahun 1978, Rao dan
Ho turut menjalankan kajian keselesaan terma di Singapura yang melibatkan
kawasan pusat penjaja. Kajian ini mengabungkan elemen suhu, kelembapan dan
radiasi haba daripada bumbung pusat penjaja. Hasilnya, Indeks Keselesaan
Khatulistiwa (ECI) bagi satu tahap keselesaan terma diunjurkan kepada 26.4°C.Seterusnya, pengaruh keselesaan termal
penduduk terhadap cuaca dan iklim juga telah dibincangkan. Kegiatan manusia
seperti penebangan hutan, pertanian, perindustrian dan lain-lain memberi
kesan-kesan seperti: i.       
Peningkatan suhuAktiviti perkilangan, asap
kenderaan dan bahan bakar mengeluarkan bahan pencemaran seperti karbon
monoksida juga hidrokarbon, oksida
nitrogen, habuk dan debu. Di samping itu, Bahan pencemar menyerap sinaran
matahari gelombang pendek dan suhu bumi akan terus meningkat. Oleh demikian,
sesetengah tempat akan kekurangan akan ketiadaan hutan. Hal ini akan menyebabkan
peratus bahang matahari terus sampai ke permukaan bumi dan peningkatan
kandungan gas carbon dioksida sedangkan gas oksigen semakin berkurangan.

    5

 

 

ii.     
JerebuTerdapat debu, asap, abu
serta gas dan pepejal terampai di atmosfera. Ianya terhasil daripada aktiviti
pembakaran terbuka, pelapasan asap kilang dan kenderaan. Jerebu memberi kesan
kesihatan seperti kerosakan penglihatan, mengganggu pernafasan dan radang
paru-paru iii.   
Hujan AsidKejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia atau pun
berlaku secara semula jadi. Punca daripada kegiatan manusia terdiri daripada
empat jenis iaitu kegiatan industry, proses peleburan bijih timah, aktiviti
sistem pengangkutan dan kegiatan pertanian. Berlaku apabila Kegiatan industri menghasilkan
sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di
kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan
gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

  6

 

Peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur
dioksida terutamanya peleburan timah kuprum berlaku pada proses peleburan bijih
timah. Seterusnya, Aktiviti sistem pengangkutan yang mengeluarkan asap
ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran
pada suhu tinggi di silinder kereta. Penggunaan baja
nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik
baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan
membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitric pada
kegiatan pertanian juga boleh menyebabkan hujan asid.Punca semulajadi
berlakunya letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen
dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida dan penguraian bahan organik
berlaku apabila aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit
dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan
organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur
seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida.
Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air
bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses penurunan sulfat ini,
bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan
oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak
balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid. Kebakaran hutan membebaskan
gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida juga salah satu punca.

  7

 

Dalam prospek pembangunan,
konsep kelestarian dalam proses pembinaan, pembangunan dan pengurusan perlu
dijadikan keutamaan. Konsep kelestarian ini membentuk suatu corak persekitaran
yang mapan yang perlu dilakukan bagi keharmonian dalam suasana persekitaran
tersebut. Ciri kelestarian itu antaranya adalah pembinaan dan pengurusan
bangunan yang bercirikan mesra alam (green building). Konsep bangunan ini
sebenarnya dicetuskan pada awal tahun 1940an dalam persidangan penubuhan
program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation
Environmental Programme) yang bertujuan untuk mengurangkan pemanasan global
yang ketika itu tercetus akibat daripada revolusi Perindustrian di Eropah.Namun begitu, persekitaran kuantiti
jarang sekali diberi keutamaan dalam kebanyakan perancangan pembangunan dan
pengurusan. Sedar atau tidak, lebih 80% daripada kehidupan harian kita
dihabiskan di dalam bangunan tidak kira sama ada di tempat kerja, sekolah,
tempat rekreasi dan juga kediaman masing-masing. Malah, menurut kajian Yuan Hui
(2005), terdapat penduduk di Amerika Syarikat menghabiskan masa dalam bangunan
selama 23 jam 15 minit atau 97.7% dalam kehidupannya. Bagaimanapun, hanya
sedikit sahaja pengetahuan dan pemahaman kita tentang selok belok tentang
persekitaran dalaman bangunan yang diduduki. Bagi memastikan persekitaran dalam
bangunan berada dalam keadaan baik adalah perlu agar penghuninya akan merasa
lebih selesa dan selamat (Zainal, 2011). Bangunan yang tidak sihat sudah pasti
memberi kesan kepada kesihatan para penghuni. 1.4 Persoalan
kajian Berdasarkan
penyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, wujud persoalan berbangkit dalam
kajian ini iaitu:                             
i.     
Adakah
rekabentuk pembangunan dan keselesaan termal saling berkait?                             
ii.   Apakah impak kepada iklim terhadap pembangunan
Bandar Baru Bangi?1.5 Matlamat
kajian Matlamat utama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti julat keselesaan bagi penduduk di pembangunan Bandar Baru Bangi
dalam iklim panas lembab yang dapat mengaplikasikan di Malaysia.

  8

 

 

1.6 Objektif
KajianObjektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keselesaan termal dalam iklim
panas lembab terhadap pembangunan di Bandar Baru Bangi:                   
i.           
Mengkaji
hubungan antara keselesaan termal dan pembangunan                 
ii.           
Mengkaji tahap
keselesaan termal penduduk mengikut masa                
iii.           
Mengenalpasti
tahap keselesaan termal penduduk mengikut persepsi1.7 Skop KajianKajian keselesaan termal lazimnya
merujuk kepada kajian yang mengenai tahap termal atau suhu yang disukai oleh
majoriti penduduk bagi sesebuah lokasi kajian. Kajian ini juga turut dijalankan
bagi mengkaji tahap keselesaan termal individu berdasarkan dua faktor iaitu
faktor persekitaran dan peribadi. Faktor persekitaran terdiri daripada pembangunan,
iklim, suhu sinaran, kelembapan dan halaju udara, manakala faktor peribadi pula
ialah tahap aktiviti.

  9

 

Bandar Baru Bangi
terletak berdekatan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) yang
semakin pesat membangun. Bandar Baru Bangi juga mempunyai kelebihan dari segi
lokasi iaitu ianya berhampiran dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah
meningkatkannya dari segi menampung limpahan perumahan dan industri. Lokasinya
yang berhampiran dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terletak di antara
Kuala Lumpur-Putrajaya-Bangi-Kuala Lumpur International Airport (KLIA) juga
dapat meningkatkan potensi pembangunan di kawasan tersebut. Ia meliputi kawasan
seluas 2,925 hektar atau persamaan dengan 7,228 ekar yang telah dibangunkan
secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 1977. Terdapat banyak taman-taman perumahan
dibina di Bandar Baru Bangi, antaranya Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 3 dan
Seksyen 4. Juga, terdapat empat tambahan iaitu Seksyen 5, Seksyen 10, Seksyen
11 dan Seksyen 16. Namun demikian, Seksyen 1 dan Seksyen 2 sahaja dipilih
secara rawak untuk dijadikan kawasan kajian juga sebagai persampelan.
Kedudukannya juga begitu strategik iaitu berdekatan dengan kawasan
perindustrian, pentadbiran, institusi pendidikan dan perniagaan. Bandar Baru
Bangi merupakan pusat pentadbiran, perkhidmatan dan perniagaan yang utama bagi
seluruh kawasan Hulu Langat. Selain itu, pusat pertumbuhan di selatan Wilayah
Lembah Klang. Bandar Baru Bangi dirasmikan dan diduduki serentak dengan
pembukaan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977. Bandar Baru
Bangi juga adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). PKNS bermatlamat
untuk membina unit perumahan mengikut pecahan 19.3 peratus perumahan rumah kos
rendah, 43.57 peratus kos sederhana rendah, 33.76 peratus kos sederhana dan
3.30 peratus rumah kos tinggi (Direktori Bandar Baru Bangi 1998).  1.8 Kepentingan
KajianKajian berkenaan keselesaan termal sudah
lama dijalankan di merata dunia. Namun demikian, kajian seumpama ini hanya
dijalankan yang melibatkan beberapa pembangunan perindustrian di Bandar Baru
Bangi. Tambahan lagi, kajian yang menjurus kepada matlamat untuk menentukan
kualiti hidup dan zon keselesaan termal penghuni bagi bangunan di Bandar Baru
Bangi.  

  10

 

Kajian ini memberi
manfaat dan sumbangan kepada kefahaman yang lebih baik kepada para penduduk
berkenaan dengan iklim terhadap pembangunan dalam suasana persekitaran yang
berkualiti di sesebuah kawasan. Penilaian Indoor Environmental Quantity (IEQ)
yang dibuat boleh dijadikan asas dan panduan kepada pembangunan lestari
khususnya dalam mengenal pasti permasalahan yang berkaitan persekitaran, dengan
cara ini dapat juga memenuhi kriteria keselesaan termal penduduk. Bandar Baru Bangi sebagai pusat
perkembangan idea dan inovasi sudah pasti memerlukan kelestarian persekitaran
dalam aktiviti yang dijalankan. Kewujudkan persekitaran yang baik dapat
mengurangkan kesan atau risiko yang negatif kepada aktiviti yang dijalankan di
persekitaran Bandar Baru Bangi.   i.       
Pengetahuan dan percambahan ilmu pada masyarakatKeputusan kajian ini
membolehkan masyarakat didedahkan dengan kriteria yang diperlukan untuk
memahami konsep hijau sekali gus dapat meningkatkan pengetahuan serta memiliki
perspektif yang lebih khusus, berkenaan keselesaan termal. Selain itu juga,
kajian ini memberikan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan yang perlu
dipertingkatkan kerana Indoor Environtmental Quantity (IEQ) adalah sesuatu yang
banyak mempengaruhi kuantiti hidup seseorang. ii.     
Pengetahuan dan percambahan ilmu pada ahli akademik

  11

 

Ahli akademik
didedahkan kepada kepentingan suhu global dan kelestarian pembangunan. Selain
itu, kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan ahli akademik akan kepentingan
keselesaan termal terhadap pembangunan. Kajian ini sangat berguna dalam bidang
akademik khususnya para pensyarah dan pelajar-pelajar yang turut menjalankan
kajian dalam bidang pembangunan. Malah hasil kajian ini boleh memberi pandangan
yang lebih jelas kepada pengkaji-pengkaji lain berkenaan situasi sebenar dalam
aspek keselesaan termal di tempat kerja pada suatu iklim pada masa kini.
Justeru, kajian-kajian yang akan datang mungkin akan memberikan hasil kajian
yang agak berbeza kerana isu pemanasan global. Oleh itu, hasil kajian ini boleh
dijadikan sebagai perbandingan hasil-hasil kajian akan datang.  iii.   
Pengetahuan dan percambahan ilmu pada pihak atasan

Tahap
kesedaran Pembangunan lestari di Bandar Baru Bangi berkaitan keselesaan termal
perlu ditingkatkan agar dapat mewujudkan suatu suasana dalam yang lebih positif
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti pada negara. Di
samping itu, kesedaran bagi suhu semasa di suatu pembangunan penting kerana
kesan keselesaan termal terhadap struktur fizikal begitu penting seperti
sindrom bangunan sakit (SBS) dapat dibendungkan dengan segera daripada berlaku
perkara yang tidak diingini. Selain itu, dapat meningkatkan kesejahteraan
persekitaran sekali gus mengurangkan risiko di Bandar Baru Bangi.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Irvin!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out