HoughtonlakeBoard.org

TIPS & EXPERT ADVICE ON ESSAYS, PAPERS & COLLEGE APPLICATIONS

Iklan
merupakan medium yang menunjukkan atau memaparkan sesuatu fungsi produk berikutan
dengan kemahuan dan kehendak pengguna. Secara tidak langsung, ianya telah
memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekonomi sekiranya iklan tersebut
berjaya menambat hati pengguna untuk membeli. Namun, etika pengiklanan perlulah
berlandaskan Kod Amalan Periklanan Malaysia yang telah ditetapkan untuk
kebaikan semua pengguna tidak mengira usia, jantina dan bangsa.

Sebagai
seorang pengguna, mereka perlu mengamati sesebuah iklan terdahulu sebelum
membeli sesuatu produk. Selain itu, pengguna perlulah bijak dalam memilih produk
yang sesuai untuk keperluan seharian dengan menitikberatkan aspek kesihatan dan
keselamatan semasa menggunakan produk tersebut. Kekeliruan atau kepalsuan iklan
semestinya menyatakan perkara yang positif untuk melariskan produk mereka
walaupun secara logiknya ianya tidaklah berfungsi  dengan baik seperti yang digambarkan.
Pengguna perlu bertanya diri sendiri mengenai kesahihan tawaran atau promosi
iklan serta mencari fakta yang boleh membantu pengguna semasa membuat keputusan
dalam urusan pembelian.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Selain
itu, mempunyai sifat bertanya tentang pengalaman yang mungkin telah dilalui
oleh pengguna-pengguna sebelum ini mengenai produk yang tidak diyakini. Jika
semua pengguna mengamalkan sikap sebegini, mereka akan terhindar daripada
menjadi mangsa kekeliruan iklan kerana mengambil tindakan yang betul sebelum
membeli. Pengiklan akan tetap membuat perkara yang sama untuk menarik perhatian
pelanggan, namun peranan penting di sini adalah pengguna itu sendiri untuk
menentukan kebaikan yang diperoleh dan keburukan yang bakal dihadapi selepas
melihat sesuatu iklan.

Oleh
demikian, iklan tidak dinafikan dapat memberi impak yang besar kepada penjual dan
pengguna. Penggunaan iklan adalah penting kepada kedua-dua belah pihak untuk menjual
produk dan untuk mengetahui sesuatu produk itu wujud. Sememangnya iklan dibuat untuk
menghebahkan produk yang dijual, memberitahu pelbagai perkhidmatan yang disediakan
dan sebagainya. Namun, iklan yang dipaparkan tidak seharusnya mengelirukan pengguna
semasa melihat iklan tersebut. Perlu ditekankan, iklan seharusnya mendedahkan maklumat
yang tepat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan. Selain itu, pengiklan perlu
mempunyai motif mengapa produk tersebut diiklankan. Iklan hendaklah dipaparkan untuk,
membantu pengguna membeli barangan keperluan harian mereka, bukanlah semata-mata
untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan negatif yang dialami oleh pengguna.

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Irvin!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out