HoughtonlakeBoard.org

TIPS & EXPERT ADVICE ON ESSAYS, PAPERS & COLLEGE APPLICATIONS

Kecergasan fizikal merupakan elemen penting yang perlu pada setiap individu untuk selesa dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Definisi kecergasan fizikal adalah kebolehan badan berfungsi atau bekerja dengan cukup dan masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan dan bertindak semasa kecergasan (Corbin, Lindsey dan Welk,2000). Menurut Prentice (1994) terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu komponen kecergasan kesihatan dan perlakuan motor. Beliau mendefinisikan komponen kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi perlindungan dari ancaman penyakit penyakit hipokinetik atau kekurangan pergerakan seperti penyakit jantung, obesiti dan berbagai penyakit otot dan tulang. Terdapat lima item dalam kecergasan berasaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenterun dan kompossisi lemak badan (Charles Corbin dan Ruth Lindsey,1997). Manakala kecergasan yang berasaskan fizikal adalah merujuk kepada fungsi fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkannya bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, serta kemahiran  (Falls, 1980). Salah satu komponen kecergasan yang berasaskan kesihatan ialah kekuatan otot. Kekuatan otot ialah kebolehan otot untuk menghasilkan daya semasa melakukan aktiviti (Thygerson & Thygerson 2009). Kekuatan otot adalah sangat penting dalam kebanyakan sukan berprestasi tinggi dan juga dapat menjamin kesihatan yang baik. Otot yang kuat juga secara tidak langsung dapat melindungi sendi sendi, mengurangkan risiko terseliuh, ketegangan otot dan kecederaan lain.  Wilmore & Costill (1988)  menyatakan kekuatan otot merupakan faktor penting dalam setiap aktiviti pergerakan yang melibatkan penggunaan otot. Kekuatan otot dalam aktiviti fizikal berperanan dalam melaksanakan keupayaan melompat, melontar, merejam serta menyepak. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot. Salah satunya adalah tekan tubi (Chee Lee Ming, 2006). Tekan tubi juga terdapat dalam pelbagai versi iaitu tekan tubi berbeza bukaan tangan, tekan tubi satu kaki, tekan tubi menggunakan ‘medicine ball’, tekan tubi atomic dan tekan tubi tepuk. Setiap jenis jenis tekan tubi yang dinyatakan itu mempunyai kelebihan tersendiri  dan tumpuan pada otot yang berbeza. Contoh  tekan tubi yang jarang dilakukan adalah tekan tubi hindu  atau lebih spesifik Hindu Push-Up. Hindu Push-Up merupakan satu jenis aktiviti yang lazim di India dalam seni mempertahankan diri iaitu ‘pehlwani’. Hindu push up juga adalah satu aktiviti yang sering dipraktikan dalam sukan seni mempertahankan diri seperti judo, pencak silat, aikido dan pelbagai  jenis seni mempertahan diri yang lain. Latihan Hindu Push-Up ini juga popular sehingga terbukti sebanyak kira-kira 273,000 hasil carian di google. Latar Belakang MasalahDalam melakukan aktiviti fizikal mungkin ramai beranggapan bahawa untuk melakukannya susah dan memerlukan kawasan yang khusus dan dilengkapi dengan alat alat kecergasan yang canggih dan berteknologi tinggi seperti treadmill, rowing machine dan lain lain lagi. Hal ini tidak perlu timbul kerana tanpa peralatan elektronik yang canggih juga kita boleh melakukan aktiviti aktiviti fizikal. Dalam era sekarang kebanyakan jurulatih gemar masuk ke gim untuk latihan kekuatan otot seperti latihan bebanan. Tempat dan peralatan yang terhad di dalam gim membuatkan para atlit kurang selesa dan juga mudah jemu jika didalam satu pasukan itu mempunyai bilangan atlit yang ramai. Oleh itu jurulatih atau tenaga pengajar harus tahu mengambil insetif yang lain sekiranya berlaku kejadian sebegini.Kekuatan otot atas badan penting bagi sukan yang berpasukan seperti bola baling, bola keranjang bola tampar dan rugbi untuk mencapai kejayaan ( Kroon,2000 ; Rahimi & Behpur, 2005). Hal yang demikian terdapat banyak latihan yang boleh meningkatkan kekuatan otot atas badan. Salah satu nya adalah melakukan aktiviti tekan tubi (Chee Lee Ming, 2006). Tekan tubi ini terdapat dalam pelbagai versi  iaitu tekan tubi berbeza bukaan tangan, tekan tubi penumbuk, tekan tubi hindu, tekan tubi tepuk, tekan tubi atomic dan tekan tubi menggunakan medicine ball. Salah satu jenis tekan tubi yang . kurang dikenali adlah tekan tubi hindu atau lebih dikenali sebagai hindu push up. Aktiviti ini boleh dilakukan tanpa menggunakan alat dan tempat yang khusus. ‘Hindu Push-up’ ini terkenal di kalangan atlit seni mempertahankan diri. Manakala sukan yang berpasukan seperti rugbi, bola baling, bola tampar dan bola keranjang kurang mengenali latihan ‘hindu push-up’ ini. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin menbuat satu  kajian mengenai kesan latihan ‘hindu push-up’ terhadap pengaktifan otot tangan dan kekuatan tangan melalui ujian balingan bola bagi sukan bola baling.Pernyataan MasalahKekuatan otot di tangan selalu dititikberatkan oleh setiap jurulatih yang melatih sukan yang menggunakan tangan supaya dapat membaling, memukul mahupun merejam dengan baik. Pelbagai cara dilakukan untuk tujuan ini termasuklah aktiviti tekan tubi. Tekan tubi adalah aktiviti atau latihan yang berkesan kepada otot-otot bahagian atas badan seperti deltoid, trisep dan pectoralis major.Tekan tubi boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah tekan tubi biasa, tekan tubi hindu, tekan tubi penumbuk dan tekan tubi berbeza bukaan tangan. Sehubungan dengan itu, penyelidik memilih satu latihan atau aktviti tekan tubi iaitu dikenali sebagai hindu push-up. Hindu push up ini telah sering diaplikasi dalam latihan oleh atlit atlit seni mempertahankan diri seperti judo, tetapi tidak diiplimentasikan oleh sukan yang berpasukan seperti sukan bola baling. Walaubagaimanapun masih tiada ujian dan bukti bertulis yang mengatakan bahawa latihan ini dapat membantu meningkatkan kekuatan dan memberi kesan yang positif keatas pengaktifan otot tangan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengesan latihan ‘hindu push-up’ ini sama ada latihan ini membantu dari segi peningkatan pengaktifan dan kekuatan otot melalui kelajuan bola dan dari segi prestasi keseluruhan sukan bola baling.  Objektif kajianTerdapat tiga objektif utama kajian ini iaitu:Mengesan otot yang terlibat secara aktif semasa lakuan latihan Hindu Push-Up.Mengesan kesan latihan Hindu Push-Up ke atas pengaktifan maksimum otot tangan atlit bola tampar lelaki UTM.Mengkaji kesan latihan Hindu Push-up terhadap prestasi atlit dari segi kelajuan bola semasa melakukan spike bagi atlit bola tampar lelaki  UTM.Persoalan kajianKepentingan kajianDidalam kajian ini terdapat beberapa kepentingan:Atlit bola tampar lelaki  Universiti Teknologi Malaysia mengetahui kesan kesan khas pada otot tangan setelah melakukan aktiviti ‘hindu pushup’.Jurulatih mendapat maklumat  dalam merencanakan aktiviti ‘Hindu Push-Up’ ini dalam program latihan untuk mencapai prestasi yang maksimum. Masyarakat mengetahui bahawa aktiviti Hindu Push-Up ini bukan hanya boleh dipraktikan oleh sukan seni mempertahankan diri sahaja malahan ianya sesuai untuk dipraktikan oleh sukan sukan yang lain seperti contoh sukan bola tampar.Limitasi KajianKajian yang dijalankan sepatutnya melibatkan tiga kumpulan yang berbeza, oleh kerana terdapat kesukaran dalam mencari subjek kajian.Pengkaji hanya menumpukan kepada pasukan atlit bola tampar lelaki UTM yang dipecahkan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan yang pertama sebagai kumpulan eksperimental manakala kumpulan kedua adalah kumpulan kawalan.Kajian yang dijalankan hanya berfokuskan pada otot tangan sahaja. Definisi OperationalMerupakan jalinan jaringan dalam tubuh yang tugas utamanya mengucup. Penguncupan otot digunakan untuk memindahkan bahagian bahagian tubuh dalam tubuhKemampuan otot melakukan aktiviti yang melakukan rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.Salah satu cara paling sederhana dan efektif untuk membina kekuatan dan bentuk tubuh badan bahagian ‘upper body’.Sukan bola tampar dikategorikan didalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud faktor persekitaran yang berubah- ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Dalam bab 1 ini membincangkan tentang objektif kajian, latar belakang masalah, pernyataan masalah, hipotesis, batasan kajian dan definisi operational. Sehubungan dengan itu, penyelidik sedikit sebanyak telah memahami dan telah nampak setiap perjalanan proses penyelidikan yang akan dilaksanakan pada peringkat yang seterusnya. ?

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Irvin!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out