HoughtonlakeBoard.org

TIPS & EXPERT ADVICE ON ESSAYS, PAPERS & COLLEGE APPLICATIONS

PENDAHULUAN

Pada era
globalisasi kini, setiap negara saling berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan
dalam pelbagai aspek bagi mengukuhkan kedudukan negara. Dengan adanya kemajuan
dalam negara akan menjadikan urusan politik, ekonomi dan sosial berjalan dengan
lancar. Oleh yang demikian, telah banyak teknologi yang telah dihasilkan bagi
memenuhi keperluan, keselesaan dan keselamatan kepada kita. Akan tetapi, setiap
kejayaan yang diperolehi itu mestilah mengikuti ajaran dan syariat agama Islam
supaya kejayaan yang dikecapi itu dapat digunakan untuk tujuan yang baik serta
menghindari kemurkaan Allah S.W.T. al-quran dan hadis merupakan sumber yang
paling lengkap dalam mempelajari ilmu. Melalui kerja khusus ini, kami akan
membincangkan tentang teknologi nuklear yang memberikan impak yang besar dalam
isu penjanaan tenaga dan pertahanan negara yang dapat diperlihatkan dalam dua
aspek iaitu aspek sains dan feqah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Teknologi nuklear terhasil daripada
keradioaktifan yang telah wujud secara semula jadi di dunia kita.
Keradioaktifan ini diketahui oleh penduduk bumi pada kurun ke – 19. Henric
Becquerel ahli fizik Perancis adalah orang pertama yang menemui kewujudan
tenaga nuklear di dunia ini pada tahun 1896. Tenaga nuklear di istilah sebagai
al- hadid yang bermaksud logam besi. Logam dan galian lain tersebati secara
semula jadi dan menghasilkan logam besi. Contoh logam radioaktif ialah uranium,
plutonium dan radium. Seterusnya, tenaga nuklear juga disebut sebagai tenaga
atom. Hal ini kerana tenaga nuklear sejenis tenaga yang terikat kepada nukleus
seperti sesebuah atom yang kita ketahui atom mempunyai nukleus dan dikelilingi
oleh elektron. Ini menyebabkan tenaga nuklear boleh dibebaskan dengan
tindakbalas nuklear seperti pelakuran nuklear atau pereputan radioaktif serta
pembelahan. Daripada tindakbalas tersebut terhasil sebuah tenaga nuklear.

 

 

Pada abad ini, bilangan penduduk di dunia semakin
meningkat dan ini menyababkan permintaan atau pengguanaan tenanga semakin bertambah.
Dengan ini, masalah tersebut telah membuka mata saintis mengkaji sesusatu punca
atau bahan yang boleh mendatangkan atau menghasilkan tenaga. Pada masa
sekarang, mereka telah jumpa tetapi banyak perkara- perkara dan aspek- aspek
yang tidak boleh elak dan memberi kesan yang buruk kepada kita dan keadaan
bumi. Selain itu, harga untuk bahan penghasilan tenaga itu semakin meningkat.
Antara bahan- bahan tersebut ialah api fosil seperti petroleum dan arang batu.
Selepas itu, saintis dunia telah jumpa punca tenaga yang lebih baik berbanding
api fosil iaitu menjana tenaga menggunakan tenaga nuklear.

Tenaga nuklear boleh dijadikan
bahan penjanaan kerana para saintis telah membuat uji kaji terhadap tenaga
tersebut apabila dikenakan satu proses iaitu pereputan radioaktif yang
mempunyai dua cara pembelahan dan pelakuran nuclear ia akan bertindakbalas lalu
berlaku perubahan terhadap atom- atom nuclear dan mengeluarkan tenaga. Tenaga
yang dikeluarkan itu yang membuat tenaga nuklear boleh dijadikan penjana bagi setiap
negara. Di mana pereputan bermaksud tenaga nukleus atom yang tidak stabil
hilang lalu menghasilkan tenaga nukleus atom yang stabil selepas dikenakan
pancaran zarah terion atau pancaran radiasi.

 Oleh itu, pereputan radioaktif membebaskan
tenaga nuklear dengan tiga proses ekosterma. 
Proses ekosterma ialah proses di dalam nukleus radioaktif yang
melibatkan proton (zarah subatom yang mempunyai cas elektrik) atau neutron
(zarah subatom yang tidak mempunyai cas elektrik) mereput dan membebaskan
zarah- zarah, sinaran elektromagnet, neutrino atau kesemuanya sekali. Sinaran
elektromagnet ialah gelombang dengan komponen elektrik dan magnet berpropagasi (perambatan) sendiri di angkasa seperti sinaran
gamma. Neutrino pula adalah suatu zarah keunsuran. Ia hanya bertindakbalas
pada daya lemah dan graviti. Ini membuat proses interaksi lemah, neutrino dapat
bergerak antara bahan hampir tanpa halangan.

Pembelahan nukleus ialah sesuatu
nukleus berjisim besar bertindakbalas dengan dipecahkan kepada dua atau lebih
nukleus baru yang lebih ringan tetapi mempunyai jisim yang hampir sama. Selepas
nukleus dipecahkan jisim nukleus akan berkurang dan jisim yang hilang itu yang
menjadi tenaga yang besar. Jisim tersebut berubah kepada tenaga dalam bentuk
haba mengikut persamaan Eistein, E = mc2. Selain itu, pelakuran
nukleus ialah gabungan dua atom yang berjisim ringan menjadi sebuah atom yang
lebih besar dan menghasilkan tenaga yang besar. Pelakuran hanya akan terhasil
apabila dikenakan suhu yang amat tinggi. Contoh pelakuran ialah tenaga haba
pada matahari kerana selepas proses pelakuran nuklear berlaku di permukaan
matahari tenaga haba dapat dibebaskan.

Selepas teknologi nuklear di
perkenalkan tentang faedah dan fungsi bahan tersebut boleh dijadikan penjanaan
tenaga, banyak negara yang telah mengambil peluang dan berusaha untuk
mendapatkannya. Pada tahun 2005, kegunaan tenaga nuklear di dunia sebagai
tenaga adalah sebanyak 6.3% dan dijana mejadi tenaga elektrik pula sebanyak
15%. Angensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat laporan bahawa terdapat
439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara pada tahun 2007.

Negara Malaysia pula, perdana
menteri telah menyuruh atau mengarahkan Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mencari kawasan untuk pembinaan loji
nuklear dan akan beroperasi pada tahun 2021 nanti. Selain itu, tenaga nuklear
bukan sahaja dijana untuk tenaga elektrik malah untuk kapal laut tentera, kapal
awam seperti kapal pemecah ais dan kenderaan angkasa. Bagi kapal- kapal laut
mereka menggunakan pendorong marin nuklear iaitu suatu bentuk pendorong
nuklear. Manakala kenderaan angkasa seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan
SNAP-10A kepunyaan Amerika telah dilancarkan melalui reaktor nuklear.    

 

 

            Perkara-
perkara tersebut telah menunjukkan bahawa tenaga nuklear banyak mengubah dan
memajukan negara kita dalam penjanaan tenaga. Tetapi, tenaga nuklear juga
mempunyai beberapa keburukan dan kelemahan walaupun bahan ini adalah lebih baik
berbanding bahan api fosil petroleum dan arang batu. Namun, keburukan atau
kelemahan tersebut boleh dielakkan dengan wujudnya peraturan dalam menggunakan
tenaga nuklear sebagi penjanaan tenaga. Antaranya ialah pelombongan uranium
perlulah jauh daripada kawasan bandar, kawasan perumahan. Hal ini kerana
uranian adalah atom yang tidak stabil maka ia akan menjalankan proses pereputan
sehingga stabil tetapi dalam proses tersebut atom tersebut akan mengeluarkan
radium dan gas radon. Dua jenis sisa radioaktif yang bole memudaratkan badan
manusia.

            Di
samping itu, penyimpanan uranium selepas diperkayakan hendaklah di titik
beratkan dengan menyimpan ia dalam bekas khas atau sesuatu bekas logam atau
berkaca. Perkara ini diberi prihatian lebih kerana cara penyimpanan mempunyai
bebrapa risiko iaitu tempat penyimpanan bocoh, sabotaj dan kecurian. Apabila
risiko berlaku uranium yang sudah diperkayakan akan jatuh ketangan orang yang
salah dan dia orang yang berniat negatif atau jahat akan melakukan sesuatu
perkara yang boleh membahayakan orang awam atau masyarakat. Contohnya, menjadi
uranium itu sebagai bahan letupan untuk meletupkan bank dan boleh merompaknya.

            Akhir
sekali, pengangkutan untuk membawa uranium wajarlah sesuai dan tidak
membahayakan orang awam. Antara kenderaan yang boleh digunakan tetapi terdapat
juga risiko ialah kenderaan darat iaitu lori dan pengangkutan keretapi yang
mempunyai kawalan ketat. Sebab pengangkutan membawa uranium penting ialah pada
13 Januari kapal penuh dengan bahan nuklear hendak belayar daripada Cherbourg,
Peranchis ke Jepun telah banyak menimbulkan kontroversi dan anggaran banyak
negara dan pertubuhan- pertubuhan pencinta alam tentang bahaya pelayaran
tersebut. Anggaran mereka ialah seseorang berada satu meter daripada bungkah
kaca tersebut boleh terkena radiasi yang amat tinggi dalam kurang satu minit
dia boleh mati kerana kapal tersebut membawa membawa bungkah kaca yang
mempunyai sisa nuklear yang berisi 20,500,000 curies bahan radioaktif. Tambahan
pula, mereka membayangkan apabila kapal tersebut karam maka berjuta binatang
laut mati dan pupus. Ini menujukan pengangkutan uranium perlu dipatuhi dan
selamat.

Dalam penjanaan tenaga berasaskan
nuklear ini, terdapat beberapa pandangan yang dikeluarkan oleh para ulama’ dan
doktor yang mengkaji tentang usaha penjanaan tenaga ini. Tenaga nuklear yang
mempunyai pelbagai risikonya ini, wajar diperuruskan dengan teratur dan rapi
bagi mengelakkan kemaslahtan yang tidak diinginkan. Ilmu fakta dan kemahiran
dalam mengusahakan penjanaan tenaga ini harus dikuasai sebelum menceburi dalam
bidang ini. Berdasarkan dari sudut pandangan kehidupan Islam, terdapat satu
pegangan penting yang menyatakan bahawa “ditegah untuk mengerjakan sesuatu
usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya”.

                
Salah seorang doktor telah menerbitkan satu kertas kerja yang bertajuk
“Kewajipan Menguasai Sains: Fardu ‘Ayn-kah atau Fardu Kifayah?” yang
menjelaskan tentang prinsip ini. Di dalamnya terkandung contoh dan kisah
tentang sahabat dan sarjana terkemuka Islam iaitu “(satu) contoh yang
pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-‘Ulum,
ialah dicegah membuka perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan
syarat-syarat mu’amalat bagi seseorang peniaga”. Contoh ini telah
disertakan dengan satu kisah sahabat “Saiyidina Umar telah melaksanakan
sistem pendidikannya dalam bidang perniagaan sehingga satu tahap tiada peniaga
muslim yang berniaga di pasar melainkan mereka yang memahami ilmu perniagaan
berlandaskan Islam hingga tiada lagi yang keliru mengenai sebarang perkara yang
boleh mencetuskan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba.”

                  
Dengan ini dapat kita kaitkan situasi penjanaan tenaga nuklear ini
dengan prinsip Islam yang telah ditampilkan di atas yakni di mana seseorang itu
adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan ilmu-ilmu dan kemahirannya telah
benar-benar dikuasai oleh individu tersebut. Sebagai contoh, jika kita ingin
menjadi seorang tukang kasut, maka sebelum menceburi bidang itu hendaklah kita
menimba dan menguasai segala teknik dan pengetahuan tentang subjektif tersebut
bagi mengelakkan keburukan atau kerosakan yang mungkin berlaku pada kasut
pelanggan yang ingin dijahitnya dan secara tidak langsung mampu menimbulkan
pertikaian dan pertelingkahan antara satu sama lain. Ini sangat berkait rapat
dengan hal teknologi nuklear ini.

 

 

 Kita
sewajarnya mengkaji terlebih dahulu tentang pro dan kontra yang diakibatkan
olehnya sebelum melaksanakan program implementasi tenaga nuklear tersebut. Hal
ini dapat gambarkan dalam al-Quran, Surah Al-Baraqah (2:195) :

              Dengan
ini dapat kita simpulkan daripada hal tukang kasut yang disebutkan di atas
yakni janganlah berani untuk menceburkan diri dalam suatu bidang seperti tukang
kasut itu jika tidak mempunyai ilmu yang diperlukan dalam bidang itu. Ini
bertujuan untuk mengelakkan segala risiko yang mungkin timbul daripadanya.
Samalah halnya dengan tenaga nuklear ini yang mampu mengakibatkan beberapa
risiko yang amat kritikal jika tidak dikendalikan dengan rapi dan cermat. Jika
program penjanaan tenaga daripada nuklear ini telah jelas mendatangkan
kemudaratannya hendaklah kita bubarkannya atau mencari alternatif yang lain
dalam melaksanakan usaha ini.

               
Natijahnya, hukum menjana tenaga daripada nuklear ini adalah harus jika
ilmu pengetahuan dan langkah keselamatan dalam pemprosesannya telah dikuasai
dengan baik dan cekap supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat
sekeliling

Kebaikkan penggunaan tenaga nuklear
sebagai penjanaan tenaga dari aspek etika sains ialah dapat menjana tenaga
elektrik dengan jumlah yang besar dan jangka masa yang lama. Hal ini demikian
kerana tenaga nuklear menggunakan uranium
(bahan utama logi tenaga nuklear) mempunyai separuh hayat yang lama dan
penghasilan tenaga yang besar. Di Amerika Syarikat, menunjukkan bahan nuklear
lagi murah dimana industri tenaga elektrik daripada bahan api fosil diramalkan
bernilai $85 bilion pada tahun 2013 berbanding menjana kuasa nuklear
dianggarkan hanya bernilai $18 bilion. Yang kedua, tenaga nuklear adalah mesra
alam kerana logi tenaga nuklear kurang mengeluarkan atau menghasilakan gas- gas
rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan klorofluorokarbon (CFC) yang
boleh mencemarkan udara kita. Uranium selepas diperkayakan akan mengeluarkan
karbon dioksida yang boleh menjadikan rumah hijau tetapi hanya satu per tiga
pengeluaran bahan api fosil. Selain tenaga elektrik, tenaga nuklear boleh
digunakan untuk menjana tenaga lain seperti kapal laut atau kenderaan angkasa.
Ketiga pembinaan logi tenaga nuklear tidak menggunakan kawasan yang besar dan
logi juga dapat menghasilkan tenaga yang murah.

Di samping itu, tenaga nuklear
sebagai penjanaan tenaga akan mendapatkan keburukan. Antaranya, ialah tenaga
nuklear akan memberi kesan kepada kita manusia kerana tenaga nuklear akan
menghasilkan radiasi yang boleh merosakkan organ
atau sel badan kita. Beberapa penyakit yang akan terjadi kepada manusia
yang terkena radiasi ialah radiodermatitis iaitu peradangan kulit akibat penyinaran
local dan dosis tinggi dan penyakit sterilitas (kemandulan) terjadi akibat
penyinaran pada kelenjar kelamin, penyakit ini memberi kesan pengurangan
kesuburan.  Selain itu, dia menyusahkan
dan membebankan kita kerana bahan radioaktif yang terhasil amat bahaya dan kos
untuk menguruskannya amat tinggi. Seterusnya, isu keselamatan dalam bahaya
apabila logi tenaga nuklear disalahgunakan dan diserang oleh pengganas dengan
niat tidak baik boleh meletup dengan jarak dan keluasan letupan yang besar sehingga
memberikan kesan yang sangat lama untuk hilang.

Pertahanan negara yang
kukuh dan mantap amat penting dalam menjamin keselamatan serta keharmonian
sesebuah negara. Tanpa pertahanan negara yang baik maka mudahlah
ancaman-ancaman dari pihak musuh menyelinap masuk bagi menggugat kedaulatan
sesebuah negara. Teknologi nuklear merupakan salah satu aspek yang penting bagi
mempertingkatkan pertahanan negara.

            Kehadiran teknologi nuklear bagi sesebuah negara dapat
menjadikan sistem pertahanan negara lebih hebat dan moden seiring dengan
kemajuan dalam bidang teknologi yang dicapai sehari demi sehari. Teknologi
nuklear diguna pakai oleh sesebuah negara dalam penciptaan senjata nuklear
untuk peralatan perang seperti peluru berpandu dan bom serta bahan letupan yang
lain.

Negara Amerika Syarikat
merupakan negara yang pertama menggunakan senjata nuklear keatas negara lain.
Peristiwa ini berlaku sewaktu Perang Dunia ke-2, negara Jepun ketika itu sedang
pun menjajah beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu.
Sesetengah negara yang dijajah oleh negara Jepun merupakan tanah jajahan
negara-negara Barat antaranya Amerika Syarikat pada asalnya jadi negara Jepun
telah pun menghapuskan kerajaan tersebut dan mengambil alihnya. Kemudian negara
Amerika Syarikat memberi amaran kepada negara Jepun untuk berundur semula
tetapi pihak kerajaan Jepun enggan berbuat demikian. Berikutan itu, pada tahun
1945 Amerika Syarikat menggunakan

senjata nuklear
yang diciptakannya iaitu bom atom dan menjatuhkannya ke negara Jepun sebanyak 2
kali iaitu di Nagasaki dan Hiroshima yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat
dan kematian yang ramai agar negara Jepun mengembalikan semula tanah jajahan
mereka.

 

Hasilnya,
Amerika Syarikat dapat semula tanah jajahan mereka di Asia Tenggara jadi mereka
dapat mengaut semula segala kekayaan hasil bumi yang banyak. Pengeboman itu
menunjukkan betapa kuatnya teknologi ketenteraan yang ada pada negara Amerika
Syarikat yang menggunakan senjata nuklear dalam pertahanan negara mereka iaitu
bom atom yang membawa kemusnahan yang dahsyat.

Penggunaan
teknologi nuklear amat mempengaruhi pertahanan negara, hal ini dapat dibuktikan
dengan isu semasa yang hangat dibicarakan berkaitan negara Korea Utara yang
mengunakan teknologi nuklear dalam pembuatan senjata perang iaitu peluru
berpandu. Negara Korea Utara telah menyatakan keinginannya untuk menjadi negara
kuasa nuklear kepada pihak media, berekoran itu telah banyak peluru berpandu
yang mereka ciptakan dan mengujinya. Peluru berpandu yang diciptakan oleh negara
Korea Utara mengunakan teknologi nuklear dengan memasukkan atom-atom dan
radioaktif ke dalam peluru berpandu tersebut. Saintis-saintis mereka
menghasilkan senjata nuklear ini menerusi pengkajian ilmu yang
bersungguh-sungguh. Hasilnya, peluru berpandu yang diciptakannya mampu
menghapuskan dan memusnahkan sesebuah negara yang lain, ianya hanya dilancarkan
dari negara mereka dan senjata tersebut boleh menerbangi ke udara dengan jarak
yang jauh untuk dijatuhkannya.

 

dimiliki negara Korea Utara

 

Maka secara tidak
langsungnya hal ini membuktikan bahawa sektor ketenteraan negara Korea Utara
sangat kukuh dan maju kehadapan. Pencapaian kemajuan ini menarik perhatian
negara-negara yang lain. Oleh itu, sebarang ancaman atau anasir-anasir jahat
dari pihak luar ke atas negara tersebut dapat dikurangkan yang mempunyai
keutuhan pertahanan negara.

2.2.2    Dari segi hukum feqah.

Penggunaan tenaga nuklear dalam sektor ketenteraan
dalam sesebuah negara merupakan wawasan yang ingin digapai oleh setiap negara.
Hal ini kerana, pengaplikasian tenaga nuklear pada era serba maju kini
merupakan penanda aras kemajuan sesebuah negara. Perkara ini dibuktikan lagi
sejak akhir akhir ini negara yang menguasai tenaga nuklear terutamanya dalam pembuatan
senjata menguasai dunia. Hal ini memberikan impak negatif yang besar
terutamanya terhadap umat Islam pada zaman kini kerana golongan kafir telah
berjaya menguasai teknologi nuklear dalam sektor pembuatan senjata. Sebagai
contoh negara Palestine sering diancam oleh tentera kuasa besar seperti Amarika
Syarikat, perkara ini amat menyedihkan kerana banyak nyawa yang terkorban namun
tidak ada pihak yang mampu menghalang tindakan mereka kerana mereka memiliki
senjata nuklear yang menggerunkan.

 

Oleh itu, menuntut ilmu teknologi nuklear merupakan sebuah fardu kifayah
dan umat islam juga harus memiliki kemahiran dalam penggunaan teknologi nuklear
terutamnya dalam sektor ketenteraan bagi mempertahankan tanah air daripada
diperkotak katikkan oleh anasir luar seperti golongan kafir yang sentiasa
berusaha menjatuhkan umat islam. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah
ayat 120 yang bermaksud :

Melalui ayat ini memberi peringatan serta pengajaran
untuk umat Islam supaya sentiasa berhati-hati terhadap golongan kafir. Oleh
itu, umat Islam haruslah sentiasa bersedia terhadap tipu daya mereka dengan
cara turut menuntut ilmu serta mengejar kemajuan selari dengan mereka (golongan
kafir). Perkara ini juga selaras dengan seruan marilah menuju kejayaan yang
sering dilaungkan dalam azan. Namun begitu, tidak banyak negara Islam yang
mempunyai teknologi yang canggih seperti teknologi yang dimilki golongan kafir.

Selain itu , penguasaan terhadap teknologi nuklear terutamanya oleh umat
islam berupaya menaikkan martabat Islam di mata dunia, seperti mana yang
dilakukan oleh negara se-Islam Iran yang berusaha membela maruah islam serta
menghalang golongan kafir seperti Amarika Syarikat dan Israel daripada
bertindak sewenang-wenangnya terhadap negara Islam. Walaupun negara Iran diasak
dengan kritikan dan pemulauan namun Iran masih cekal dan yakin bahawa Allah
S.W.T adalah sebaik baik pelindung.

Pada era
globalisasi kini setiap negara asyik mengejar kemajuan terutamanya dari segi
kemajuan ketenteraan. Ketenteraan merupakan salah satu aspek yang utama dalam
menjamin keselamatan sesebuah negara, jika sesebuah negara tidak menitik
beratkan isu ketenteraan pelbagai masalah akan timbul khususnya dari segi
politik negara. Sebagai contoh negara yang sedang bergolak iaitu negara
Palestin yang acap kali menerima ancaman yang dahsyat dari negara Israel.
Majoriti negara yang melakukan ancaman dan perluasan kuasa terhadap negara lain
merupakan negara yang maju dari segi teknologi ketenteraan. Pada zaman kini,
teknologi ketenteraan yang terulung merupakan pengaplikasian tenaga nuklear
sebagai senjata peperangan. Misalnya, tenaga nuklear digunakan dalam penciptaan
senjata seperti peluru berpandu, bom atom dan lain-lain lagi yang mampu
mendatangkan kemusnahan yang dahsyat.

 

Penggunaan
tenaga nuklear dalam aspek ketenteraan dapat menjamin keamanan dan keharmonian
sesebuah negara. Hal ini kerana, apabila sesebuah negara mempunyai teknologi
nuklear berupaya membuka mata dunia bahawa negara tersebut maju dalam pelbagai
aspek seperti politik, ekonomi dan sosial.

Kebaikan
penggunaan tenaga nuklear dalam ketenteraan adalah mengutamakan perbincangan
antara dua pihak yang bercangah untuk mengelakkan persengketaan berlanjutan
yang membawa kepada peperangan nuklear. Hal ini terbukti, dengan penubuhan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertindak sebagai medan
perbincangan antara negara-negara yang mengalami pergolakan agar peperangan
nuklear dapat dihindari.

 

Namun begitu,
disebalik kebaikan yang hadir menerusi teknologi nuklear masih terdapat
keburukan yang boleh mendatangkan kemudaratan. Tenaga atom merupakan salah satu
tenaga yang mempunyai radiasi, hal ini amat membimbangkan kerana kesan buruk
radiasi bukan sahaja memudaratkan manusia malah alam persekitaran juga turut
terjejas. Perkara ini terbukti melalui peristiwa pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki di Jepun oleh Amerika Syarikat. Penduduk Jepun amat terjejas dengan
kesan ledakkan bom atom tersebut yang juga membawa kepada pengunduran kuasa
negara Jepun. Meskipun tentera Jepun telah berundur kesan radiasi letupan bom
atom membawa kesengsaraan kepada penduduk Jepun berabad-abad lamanya. Ramai
penduduk Jepun mengalami kecacatan dari segi fizikal dan mental.

 

        Kesimpulannya, teknologi nuklear merupakan tenaga yang
terunggul pada abad ini. Oleh itu, menguasai teknologi ini menjadi satu
kewajipan bagi umat Islam. Hal yang demikian kerana, teknologi nuklear memberi bnayak
manfaat terhadap kehidupan manusia bukan sahaja dari sektor persenjataan malah
perubatan juga menggunakan teknologi nuklear seperti membunuh sel kanser.
Selain daripada itu, umat Islam tidak harus memandang enteng akan golongan
kafir yang telah mencapai banyak kemajuan dalam pengaplikasian tenaga nuklear
terutamanya dalam sektor pembuatan senjata. Hal ini kerana tindakan umat Islam
yang selalu menganggap mudah dan sentiasa berasa selesa mengakibatkan orang
kafir mengambil kesempatan dan memecah belahkan umat Islam seperti yang berlaku
di Palestin yang mudah diperkotak-katikan oleh Amerika Syarikat kerana mereka
tidak maju dari segi teknologi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 119 yang berbunyi :

 

Firman ini jelas
menggambarkan peringatan Allah s.w.t. agar umat Islam sentiasa berhati-hati dan
waspada terhadap golongan kafir yang akan sentiasa berusaha memusnahkan umat
Islam. Oleh itu , umat Islam pada abad ini haruslah bersatu-padu agar dapat
menjadi unggul seperti pada zaman Turki Uthmaniyah yang digeruni dunia.

 

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Irvin!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out